Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum



hello-hello . tahu hari ini hari apa?haa.. Rabu persamaan 1 ramadhan .Hari ni dah start puasa dah . korang puasa tak tu?haa.. jangan  nak ponteng pulak.bagi yang perempuan tu tak apa ,sebab perempuan ada cuti khas .haha ..

okey . tahun ni dapat pengalaman baru,yela..sekarang berpuasa tanpa family but berpuasa dengan housemate . sekarang aku dah sem 3 so, dah kena duduk rumah sewe dah .tapi best lah . dapat la jugak merasa  bangun sahur and berbuka kena masak sendiri . kalau hari-hari g bazar kopak la jugak,dah la bazar nya jaoh . adoi..

nah aku ada dalil niat puasa .jangan lupa puasa ye kawan2.



" Kelebihan Bulan Ramadhan "
-Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.

-Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

-Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.

-Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

 " SELAMAT  BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK "


No comments:

Post a Comment